"Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka."
Cinta adalah anugerah terindah yang
pernah diterima manusia,sesiapa sahaja dan akan selalu hidup dalam hati kita.
Cinta bukanlah benda yang tuhan berikan begitu saja dan senang-senang boleh kita
buang bila kita tak lagi menyukainya. Ia sumber kekuatan, dan cinta
adalah saat kita harus jujur pada diri sendiri dan juga pada orang yang kita cintai.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata,
sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kita mahu berhenti
menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga.. Tapi apabila kita cuba
menutup mata daripada melihat orang yang kita cintai, cinta itu berubah menjadi
titisan air mata dan terus tinggal dihati kita dalam jarak waktu yang cukup
lama...
Memilih cinta kerana kecantikan atau
ketampanan tak akan pernah membuat diri bahagia kerana itu sebenarnya penipuan pada
mata.
Bercinta memang mudah, untuk dicintai
juga memang mudah, tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh...
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang
yang tidak mencintai kita, tetapi lebih menyakitkan
adalah mencintai seseorang tapi kita tidak pernah memiliki keberanian
untuk menyatakan cinta kita kepadanya..
Dalam urusan cinta, kita sangat jarang
menang .. tapi jika cinta itu TULUS, walaupun kalah, kita tetap menang,
hanya kerana kita berbahagia dapat mencintai seseorang lebih dari kita
mencintai dirimu sendiri.
Akan tiba saatnya dimana kita harus
berhenti mencintai seseorang bukan kerana kita ingin berhenti
mencintainya melainkan kerana kita menyedari bahwa orang itu akan lebih
berbahagia apabila kita melepaskannya.
Tetapi, .. apabila kita benar-benar
mencintai seseorang dengan sedalam-dalamnya, beranikan diri melepaskan
untuk dia memilih. Jika dia kembali ,insyallah ia akan jadi milik kita,
jika tidak, maka dia tidak akan pernah menjadi milik kita selamanya..
"Cinta adalah ketika kamu menitikkan air
mata, tetapi masih peduli terhadapnya .
Cinta adalah ketika dia tidak
mempedulikanmu, tetapi kamu masih setia menunggunya. Cinta adalah ketika
kau melihat dia bahagia mencintai orang lain dan kamu masih mampu
tersenyum, sambil berkata: “Aku turut bahagia untukmu”. Jika kamu
mencintai seseorang, kamu akan senantiasa mendoakannya walaupun dia
tidak berada disisi mu.
Satu-satunya cara agar kita memperoleh
kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah
memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan."
P/S : Bertuah seorang lelaki jika
dia cinta pertama wanita, namun lagi bertuah seorang wanita jika dia
cinta terakhir lelaki…
* Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.*

No comments:
Post a Comment