Assalamualaikum w.b.t & sweet Monday to you all ,
.. hari ni nak discuss atau ckp
pasal maruah seorang perempuan...menarik la topik aku sjak akhir2 ni kan ?? hehe ...skrg ni kan dah byk kes buang
anak, anak lari dari rumah ikut teman lelaki, anak hilang &
kahwin lari di lombok la , pastu blablabla ...semua ni pasal
perempuan..pernah tak terfikir @ terlintas..apa gunanya maruah selain
utk dipertahankan & dilindungi , maruah itu penting..jgn
sewenang-wenangnya dipijak @ diremehkan...malah Allah sendiri telah
beritahu di dlm Al-Quran bahawa darjat & maruah seorang wanita itu
sgt lah tinggi...
sebab itu kita harus sayangi & hormati ibu kita..malah
syurga juga di bawah tapak kaki seorang ibu..betapa mulianya seorang
wanita...wanita harus dilindungi & dijaga , ditatang..dulu ingat tak time sekolah dulu Ustaz pernah cite pasal
zaman dahulu ramai kaum arab amat benci kpd kaum perempuan..malah
sanggup tanam bayi perempuan hidup-hidup..
perempuan itu umpama
permata yg harus dijaga..oleh itu kaum hawa harus pandai menjaga
diri & maruahnya drpd dipijak @ diremehkan...tapi pd zaman
sekarang, kaum perempuan sendiri yg tidak menjaga maruah..malah langsung tak fikir pasal maruahnya..sanggup menggadai badan demi
kepuasan & nafsu...mendedahkan aurat sana-sini..bukak sana , bukak
sini...tunjuk itu , tunjuk ini...kalau ada yang kulit putih melepak lagi lawa memang
lelaki tergoda..kalau yg berparut sana-sini tu buat maalu aja nak
tunjuk kaki tak lawa...tak kisahlah..asalkan mesti menutup aurat..aurat
itu juga maruah wanita...aurat hanya boleh ditunjukkan kpd
suami..
kita sbg perempuan tidak boleh lemah..di banding dgn
lelaki...pada saat getir & dugaan melanda...kita yang lebih
kuat...walaupun pada dasarnya ramai perempuan yg kelihatan lemah &
tidak berdaya..namun ada semangat yg begitu kuat sehingga lelaki pun
tidak dapat menandinginya..pada zaman sekarang ni...boleh dikatakan apa
yang lelaki buat perempuan boleh buat..zaman dahulu..hanya lelaki yang
berkerja..perempuan duduk dirumah memasak jaga anak..sekarang...ada yang
lelaki tinggal di rumah & perempuan yg keluar kerja mencari
nafkah..dahulu yg pergi berperang hanya lelaki..sekarang perempuan pun
turut pergi berperang.. haiyyaa!! caya la .....
..aku rasa byk duk melalut dh ni , & rasanya byk yg tak berkaitan kan ? aku ni pandai cakap jer ..main hentam la labu ..tapi aku rasa ada la sikit betulnya apa aku ckp...sekarang ni ramai
perempuan yg tidak sedar diri...aku akui..bukan semua perempuan
yg bertudung itu baik...& tak semua perempuan yg tidak bertudung
itu jahat...adakala mereka lebih baik... terima la seadanya ... renungkan & selamat beramal !! huhu .... :-)


No comments:
Post a Comment