Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dgn romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke-50 tahun.
Si suami, seorang Tan Sri & bekas ahli politik yg berjaya mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah senang mereka bersama. Si suami memang menyanjung tinggi si isteri yg bernama Maria ( bukan nama sebenar ).
"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui bersama, susah senang kita tempuhi, abg amat menyayangi Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain di fikiran abg ni & abg selalu tertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abg pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abg selama ni?"tanya si suami.
Maria agak terkedu sekejap, & merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dgn penuh kekesalan, "Ya abg, Maria mengaku pernah curang dgn abg, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni".
"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah & memang dia berniat utk memaafkan isterinya, "Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"
Perlahan je la si isteri membuka lembaran cerita lama, "Abg ingatkan masa kita mula-mula kahwin, terus beli rumah, & selang beberapa tahun, kita susah sgt masa tu sehingga rumah kita hampir nak di rampas oleh bank",
"Ya, abg ingat peristiwa tu", jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abg pasti ingat yg pada satu ptg tu Maria pergi berjumpa dgn Pegawai Bank tu & esoknya, bank tu tak jadi nak rampas rumah kita, malah siap bagi tambahan pinjaman utk abg memulakan perniagaan.."
"Emmmm..sukar utk abg menerima kenyataan ini, tapi abg maafkan Maria kerana apa yg Maria lakukan utk masa depan kita juga," kata si suami,."Kali ke 2 pulak?"
"Abg ingat tak abg hampir menemui ajal sebab ketumbuhan dalam kepala?" si menyambung cerita. "Ya, abg ingat",kata si suami. "Kalau macam tu abg mesti ingat yg Maria ada pergi berjumpa dgn Doktor Pakar yg merawat abg tu & esoknya, dia bersetuju buat pembedahan utk abg tanpa meminta sebarang bayaran pun,.."
"Oh Maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abg tetap maafkan Maria sebab apa yg Maria buat tu utk masa depan kita jugak & kerana sayangkan abg kan..yg kali ke 3 macam mana pulak?",tanya si Tan Sri.
Si isteri menundukkan mukanya & menjawab dgn penuh lemah,"Abg, ingat tak masa abg bertanding merebut kerusi bahagian & abg perlukan 248 undi lagi...."
Tan Sri terus collapse kat situ, terpaksa la di masukkan ke wad CCU sebab terkena heart attack & tak sampai 2 hari beliau pun,....( kesian.....innalillahiwainnailaihirojiun......)



haha :)
ReplyDelete:-)hehe....
ReplyDeleteenjoy it right...huhu
ReplyDelete